Varian Delta

Varian Delta menghantui dunia dalam tempoh tiga bulan terakhir ini.

Virus SARS-CoV-2 jenis inilah yang menjadi penyebab lonjakan jangkitan baharu COVID-19 di pelbagai negara.

Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan menjangkakan varian Delta akan menjadi virus SARS-CoV-2 yang paling dominan di dunia.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan peningkatan penularan varian ini yang amat tinggi.

Menurut rekod WHO, sehingga 16 Jun lalu, varian ini telah tersebar hingga lebih 80 buah negara, sedangkan virus ini baru dikesan pada akhir tahun 2020 di India.

Menular di pelbagai pelusuk dunia

Varian yang memiliki nama lain iaitu B.1.617.2 sewaktu pertama kali dikesan pada akhir tahun 2020 di India.

Selang empat bulan selepas ia dikesan, varian ini menjadi penyebab gelombang jangkitan COVID-19 di India.

Dua bulan selepas itu, varian ini menurut data WHO, telah menyebar ke lebih daripada 80 negara.

WHO menjangkakan varian ini akan melanda Eropah.

Sementara di Amerika Syarikat, varian Delta menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan jangkitan virus tersebut.

Lebih mudah menular

Peningkatan penularan varian ini dapat dilihat di Britain.

Varian Delta kini direkodkan sebagai penyebab 90 peratus daripada kes jangkitan baharu COVID-19 di Britain, sedangkan varian ini baru dikesan di Inggeris pada Februari lalu.

Sebelum varian Delta dikesan, kebanyakan kes jangkitan COVID-19 di Britain adalah disebabkan oleh varian Alpha.

Varian yang juga memiliki nama B.1.1.7 itu pertama kali dikesan di Kent.

Kadar penularan varian Alpha pada asalnya adalah tinggi, boleh mencecah 90 peratus lebih menular berbanding varian asal virus SARS-CoV-2.

Namun, varian Delta jauh jauh lebih pantas menular berbandung Alpha.

Memetik laporan beberapa jurnal kesihatan, kadar penularan varian Delta jika dibandingkan varian Alpha telah meningkat sekitar 30 peratus hingga 100 peratus.

Para saintis kini sedang mengkaji penyebab peningkatan kadar penularan varian Delta.

Hasil kajian buat masa ini membuktikan adanya perubahan kecil pada protein spike yang meningkatkan kemampuan varian ini untuk mengikat reseptor ACE2 yang digunakannya untuk masuk ke sel manusia.

Kajian lain menunjukkan varian ini mengalami mutasi, yang meningkatkan kemampuannya untuk bercantum dengan sel manusia.

Jika virus dapat mendekati dan bercantum dengan lebih mudah, virus itu mungkin dapat menjangkiti lebih banyak sel manusia, yang mungkin membuatnya lebih mudah untuk menyerang tahap imuniti badan.

Perbezaan gejala

Di sebuah wilayah di tenggara China, salah satu tempat yang merekodkan kes penularan varian Delta yang tinggi, para doktor mendapati terdapat pelbagai gejala yang dialami penghidapnya.

Tahap kesihatan mereka yang dijangkiti varian ini lebih cepat memburuk berbanding mereka yang dijangkiti varian-varian lain sebelum ini.

Satu kajian oleh Profesor Dr Tim Spector dari King’s College London turut mendapat keputusan yang sama.

Sejak awal Mei, gejala yang paling sering dilaporkan oleh mereka yang dijangkiti adalah sakit kepala, sakit tekak, selesema dan demam panas.

“Bagaimanapun, gejala seperti hilang deria rasa dan bau yang sering berlaku sebelum ini tidak begitu banyak,” kata beliau.

Meningkatkan risiko kemasukan ke hospital

Berdasarkan kajian di Scotland yang diterbitkan di The Lancet pada 14 Jun lalu, varian Delta meningkatkan risiko kemasukan ke hospital berbanding varian Alpha.

Kesimpulan itu merujuk kepada 19,543 kes jangkitan COVID-19 dan 377 pesakit dilaporkan di Scotland antara 1 April dan 6 Jun 2021.

Individu yang mempunyai penyakit komorbiditi lebih berisiko untuk dimasukkan ke hospital.

Dos vaksin lengkap jadi pelindung

Merujuk kajian sama yang disebut di atas, turut dinyatakan bahawa mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin memiliki risiko lebih rendah untuk dimasukkan ke hospital.

Namun menurut kajian oleh Public Health England (PHE), dos pertama vaksin COVID-19 tidak terlalu efektif untuk melindungi seseorang daripada virus varian Delta, dibandingkan virus varian Alpha.

Credit : Harits Asyraf Hasnan

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *