Kaedah Toleransi Kutip Duit Sewa Ketika COVID-19

Post ini bagi menjawab persoalan daripada Rakan Facebook Captain. Pada ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, ada beberapa impak yang memberikan kesan kepada Industri Bilik Sewa iaitu:

1. Pelanggan yang bukan dalam Sektor Essential Services terjejas daripada segi penerimaan gaji Bulan April 2020 terutamanya yang berstatus B40, per day salary atau diarahkan bercuti tanpa gaji oleh Majikan.

2. Tuan Rumah terpaksa menangguhkan segala jadual site viewing oleh potential prospect sehingga 31 Mac 2020 atau bergantung kepada penguatkuasaan arahan tarikh baru oleh Kerajaan.

3. Penambahan bilangan kekosongan semasa katil/bilik akibat proses pindah keluar bagi Pelanggan yang bakal keluar 31 Mac 2020.

4. Ketika situasi ini, tunai adalah sangat-sangat diperlukan oleh Pelanggan untuk proses pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah.

Ini kerana mereka perlukan wang untuk membeli perlindungan asas diri (mask, hand sanitizer, clorox untuk sanitizer premis dan sebagainya), bekalan makanan selama 14 hari, langganan internet mobile telefon dan sebagainya.

Justeru itu di sini selaku Tuan Rumah korang kena bijak menilai situasi semasa dengan berpandukan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Captain ingin kongsikan kaedah bagaimana Syarikat membantu Pelanggan dalam toleransi kutip duit sewa.

1. Sektor Kerajaan dan Essential Services tidak terjejas teruk kerana gaji mereka dijamin sepenuhnya. Golongan ini perlu membuat bayaran sewaan penuh tanpa kompromi.

2. Sektor Swasta ada dua pecahan iaitu:

a. Sektor Public Listed Company & Government Linked Company – GLC. Sektor ini juga tak jejas sepenuhnya. Ia jadi permasalahan besar selalunya pada Staf Kontrak.

Bagi Pelanggan yang berstatus Staf Kontrak korang boleh berikan mereka buat ansuran bayaran (Ikut pertimbangan masing-masing).

Jika mereka diberikan notis bercuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020, korang boleh mohon mereka semak semula dengan Majikan untuk buat permohonan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi penerimaan insentif Kerajaan melalui Employment Retention Program sebanyak RM 600.00 sebulan.

Ini bagi membantu mereka membuat bayaran ansuran sewaan kepada korang.

Ini linknya

https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/kenyataan-media

b. Sektor Swasta Kecil seperti berniaga sendiri (fizikal atau online) atau majikan tiada buat sebarang caruman PERKESO, korang boleh bantu mereka memohon bantuan inisiatif Kerajaan melalui Bantuan Khas COVID-19 oleh Agensi Bencana Negara (NADMA).

Bantuan ini bagi membantu mereka yang tidak membuat sebarang caruman PERKESO dengan bantuan RM 100.00 sehari.

Namun berbeza dengan PERKESO, NADMA berhak memutuskan sama ada untuk beri bantuan atau tidak walaupun permohonan Pelanggan korang lengkap.

Tapi sekurang-kurangnya korang boleh usaha untuk pastikan mereka buat bayaran sewa secara ansuran.

Ini linknya

http://www.nadma.gov.my/…/siaranme…/Bantuan_Khas_COVID19.pdf

Inisiatif lain korang boleh bantu mereka mendapatkan bantuan daripada Pusat Zakat Negeri masing-masing.

Contohnya Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mengumukan bantuan zakat kepada peniaga kecil yang terjejas. Ini linknya.

https://www.bharian.com.my/…/covid-19-zakat-pulau-pinang-sa…

3. Berstatus Pelajar yang merangkumi sepenuh masa, separuh masa atau praktikal.

Mereka ini korang kena lihat balik background pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga. Proses pembayaran adalah ikut sepertimana sektor yang dinyatakan di atas.

Sekadar ini pengkongsian Captain bagi membantu Tuan Rumah atau Pengusaha Bilik Sewa bagi urusan kutipan duit sewa April 2020.

Semoga ancaman COVID-19 akan berakhir sepenuhnya pada 31 Mac 2020 ini. Amiin.

Kredit: Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *