MAZHAB BISNESS VIRAL BELUM TENTU JUJUR!

Semalam Group WhatsApp Captain ada membahaskan kisah mazhab bisness yang berlainan dan viral di sosial media.

Salah satunya yang mengaku otai dan pandai berfikir. Hakikatnya bisness sendiri pun semput dan lingkup. Gaji bekas pekerja bertahun tak bayar.

Ada rakan Captain yang termasuk perangkap mereka. Captain juga tak terkecuali. Pernah hampir terjebak dengan perangkap group otai ini.

Mohon refund duit booking kursus hampir 9 bulan baru dapat semula. Itu pun guna WhatsApp dan email beri tekanan berhari-hari.

Di sosial media sembang bisness kencang, pokok pun tumbang. Yuran caj bukan sikit. Allah =)

Captain masih baru mengecapi kejayaan kecil dalam bisness. Belum layak dipanggil sifu atau mentor dan sebagainya.

Usahlah korang mencari Mentor Bisness yang ala-ala famous di sosial media dan hakikatnya reputasi kebanyakan subsidiari company mereka pun semput.

Jika hendak JV bisness bersama mereka ada pula klausa khas iaitu tidak keluar modal hanya tawarkan kepakaran. Kepakaran itu pun mereka caj kepada kita.

Pendiri Bisness berniaga separuh mati. Tetapi bila wujud keuntungan hendak bahagi sama. Maaf cakap sebab itu kita semua kena berpatah balik kepada hukum hakam dalam Muamalat Islam.

Pengkongsian saham dalam syarikat mengikut Islam tiada klausa mengarut sepertimana di atas. Wujud 3 situasi ikut pemahaman Captain. Jika salah mohon betulkan.

1. Seorang keluar modal seorang usahakan
2. Berdua keluar modal dan usaha bersama.
3. Berdua keluar modal tapi seorang usahakan dan semasa bahagi keuntungan ikut persetujuan bersama.

Pelik bila seorang lagi rakan berniaga hanya tawarkan saham berdasarkan kepakaran yang beliau miliki tapi kemudian caj balik pada syarikat. Tiada dalam hukum Islam.

Dengan kata lain dapat saham atas angin dan untung dua kali iaitu caj service dan keuntungan syarikat.

Bermula daripada insiden cubaan penipuan berkenaan, Captain mencari Mentor di luar media sosial.

Kebanyakan yang Captain jumpa adalah mereka yang benar-benar berniaga, baik budi pekerti, tidak ambil kesempatan atas Captain dan paling best semua ilmu percuma tiada yuran tinggi mengarut.

Modal jumpa mereka hanya secawan kopi. Malah Captain diperkenalkan dalam rangkaian network mereka.

Mentor Captain ramai yang telah mencapai tahap kebebasan kewangan sebenar. Mereka tidak sibuk bercerita tentang kepakaran dan kumpul tribe di sosial media.

Mereka menikmati kehidupan sepenuhnya. Bila ada anak murid seperti Captain yang bersungguh untuk belajar. Mereka luangkan masa secara percuma.

Pengerasnya mudah sahaja. Bila Captain berjaya kongsi amalan ini sepertimana yang mereka ajarkan.

“Hafiz ini ibarat benih yang saya semai. Saya beri ilmu ibarat baja pada awak.

Insyaa Allah bila Hafiz dah berjaya. Ia ibarat pokok rendang yang berbuah. Buahnya cantik dan baik.

Semua mahkluk akan dapat manfaat daripada isinya. Lepas mereka makan, bijinya dibuang.

Biji itu akan tumbuh sepohon lagi pokok yang sama. Ia akan berulang dan membiak.

Itulah amalan yang saya akan bawa ke akhirat kelak. Hafiz setuju dengan pengeras ini?”

“Ya Tuan. Insyaa Allah.”

Kredit: Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA