Operater/Host Sentiasa Untung Tuan Rumah Rugi?

Fenomena sekarang menyaksikan ramai Pengusaha Bilik Sewa mengetengahkan pelbagai kaedah pembahagian di atas perkhidmatan yang dijalankan dengan Tuan Rumah.

Ada yang memperkenalkan kaedah:

1. Keuntungan 70:30 = Tuan Rumah:Operator.

2. Pakej bayaran per bilik RM20.00 – RM30.00 per bulan. Jika berjaya dapatkan Pelanggan baru, mereka tuntutan bonus satu bulan sebagai komisen (hakikatnya mereka bukan berkelayakan sebagai REN).

3. dan sebagainya.

Kaedah No 1 dan No 2 di atas paling banyak digunapakai.

Ironinya Captain menerima pelbagai rungutan daripada rakan-rakan yang menerima perkhidmatan operator ini.

“Mereka ini memang buat untung atas kita. Time rugi ke, time untung ke. Habuan mereka tetap sama.T etap pula tu. Kita pula yang tanggung rugi sesorang.”

Untuk perkara ini Captain kurang berminat untuk komen. Mungkin ini kaedah terbaik bagi mereka.

Manakala bagi Captain, kaedah terbaik adalah dengan tiruvasi sistem yang digunapakai oleh Industri Perhotelan.

Semua sedia maklum bahawa industri ini telah lama berkembang. Salah satu cara paling cepat untuk berkembang adalah dengan Sistem Host/Operator.

Jangan terkejut jika Captain nyatakan bahawa Hotel-Hotel Terkemuka di Malaysia dan Antarabangsa menggunakan sistem ini.

Ianya terbukti berkesan untuk keadilan kedua-kedua pihak. Mengapa perlu wujudkan sistem baru bilamana ada sistem yang telah terbukti berkesan sekian lama?

Ringkasnya sistem ini memperkenalkan dua caj iaitu:

1. Caj keuntungan Gross Sale (Jualan kasar).

2. Caj Net Profit (Keuntungan Bersih).

Peratusan ikut persetujuan bersama. Jika Operator inginkan keuntungan lebih, mereka perlu bantu Tuan Rumah mendapatkan keuntungan bersih yang tinggi.

Cara ini barulah betul. Suka atau tidak. Operator tidak boleh goyang kaki. Ia kena berjuang memastikan Tuan Rumah sentiasa untung.

Jika sekadar caj di Jualan Kasar sahaja. Memang makan untung sepanjang zaman =)

Untung sebelah pihak, tindas seorang lagi =)

Sekadar pengkongsian ringkas pagi ini.

Kredit: Facebook Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Ilmu Teori VS Ilmu Praktikal

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan dengan pelbagai pengkongsian insan yang beri pada diri sendiri gelaran sifu biz di medsoc.

Sememangnya ia pengkongsian percuma. Berebut usahawan berlari daripada satu video conference (VC) ke platform VC lain.

“Ini ilmu free Captain. Kita kena grab! Pasni mereka up sales tak dapat kita.”

Mungkin usahawan lupa perjalanan cerita filem Pendekar Bujang Lapok. Mahaguru tak turun ilmu habis. Kelak murid lawan Guru.

Guru tak diperlukan. Simpan semua ilmu yang power-power. Baru layak digelar Mahaguru. Pengerasnya juga berlainan harga.

Ini adalah situasi yang sama. Kebanyakan ilmu yang diterima adalah bersifat teori atau jika baru ia bagi sesetengah pihak bukan pada yang telah tahu.

Pusing-pusing VC semua subjek yang sama. Ilmu teori air liur. Persoalannya mana nak cari Ilmu Praktikal dalam keadaaan PKP ni?

Ilmu ini ada pada Usahawan yang pernah berhadapan dengan kemelesatan ekonomi negara pada 2008, kejatuhan teruk harga minyak 2013 dan pernah disenaraikan dalam AKPK.

Mereka ini ada formula khas yang terbukti berkesan. Jika tidak masakan masih berdiri megah business sehingga ke hari ini.

Jika korang ada seorang Mentor sedemikian ia cukup memadai. Tapi jika ada lebih daripada seorang, korang memang hebat dan istimewa.

Formula mereka sangat mudah dan praktikal. Buru dan cari Mentor sedemikian. Mereka banyak bersembunyi dalam identiti penampilan ringkas dalam masyarakat awam.

Tiada banyak simbol kekayaan dipamerkan. Jika ada pun sangat berpada pada dan dihebahkan oleh Pihak Ketiga.

Kredit: Facebook Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Tips Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) adalah penting sebagai tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus. Oleh itu, ZSE Capital menyarankan beberapa tips sepanjang tempoh PKP ini.

  • Kerap cuci tangan anda

Mencuci tangan dengan sabun selama minimum 20 saat telah terbukti mampu menghapuskan bakteria dan virus.

  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda

Menyentuh muka akan meningkatkan jangkitan bakteria, kuman dan virus.

  • Kekalkan jarak fizikal

Pastikan jarak fizikal antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter ketika di luar.

  • Dapatkan maklumat dari sumber yang sahih

Berkongsi maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan ketakutan dan panik. Maklumat yang diperolehi boleh dipastikan kesahihannya di sebenarnya.my

  • Kekal positif dan bermotivasi

Praktiskan aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi diri anda. Jika anda memerlukan perkhidmatan telekaunseling, hubungi Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.

  • Lakukan senaman ‘indoor’

Walaupun berada dirumah, kita disarankan untuk kekal aktif, sama ada melalui senaman atau aktiviti fizikal. Antaranya, senamanpush-ups, squatsplanksburpees, lounges dan senaman Tabata.

  • Luangkan masa bersama keluarga


Rancang aktiviti yang mahu dilakukan setiap hari, mengikut keutamaan serta dipelbagaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian. Gunakan peluang ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Semoga tips ini berguna untuk anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

#biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

 #stayhome #staysafe

Kaedah Toleransi Kutip Duit Sewa Ketika COVID-19

Post ini bagi menjawab persoalan daripada Rakan Facebook Captain. Pada ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, ada beberapa impak yang memberikan kesan kepada Industri Bilik Sewa iaitu:

1. Pelanggan yang bukan dalam Sektor Essential Services terjejas daripada segi penerimaan gaji Bulan April 2020 terutamanya yang berstatus B40, per day salary atau diarahkan bercuti tanpa gaji oleh Majikan.

2. Tuan Rumah terpaksa menangguhkan segala jadual site viewing oleh potential prospect sehingga 31 Mac 2020 atau bergantung kepada penguatkuasaan arahan tarikh baru oleh Kerajaan.

3. Penambahan bilangan kekosongan semasa katil/bilik akibat proses pindah keluar bagi Pelanggan yang bakal keluar 31 Mac 2020.

4. Ketika situasi ini, tunai adalah sangat-sangat diperlukan oleh Pelanggan untuk proses pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah.

Ini kerana mereka perlukan wang untuk membeli perlindungan asas diri (mask, hand sanitizer, clorox untuk sanitizer premis dan sebagainya), bekalan makanan selama 14 hari, langganan internet mobile telefon dan sebagainya.

Justeru itu di sini selaku Tuan Rumah korang kena bijak menilai situasi semasa dengan berpandukan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Captain ingin kongsikan kaedah bagaimana Syarikat membantu Pelanggan dalam toleransi kutip duit sewa.

1. Sektor Kerajaan dan Essential Services tidak terjejas teruk kerana gaji mereka dijamin sepenuhnya. Golongan ini perlu membuat bayaran sewaan penuh tanpa kompromi.

2. Sektor Swasta ada dua pecahan iaitu:

a. Sektor Public Listed Company & Government Linked Company – GLC. Sektor ini juga tak jejas sepenuhnya. Ia jadi permasalahan besar selalunya pada Staf Kontrak.

Bagi Pelanggan yang berstatus Staf Kontrak korang boleh berikan mereka buat ansuran bayaran (Ikut pertimbangan masing-masing).

Jika mereka diberikan notis bercuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020, korang boleh mohon mereka semak semula dengan Majikan untuk buat permohonan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi penerimaan insentif Kerajaan melalui Employment Retention Program sebanyak RM 600.00 sebulan.

Ini bagi membantu mereka membuat bayaran ansuran sewaan kepada korang.

Ini linknya

https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/kenyataan-media

b. Sektor Swasta Kecil seperti berniaga sendiri (fizikal atau online) atau majikan tiada buat sebarang caruman PERKESO, korang boleh bantu mereka memohon bantuan inisiatif Kerajaan melalui Bantuan Khas COVID-19 oleh Agensi Bencana Negara (NADMA).

Bantuan ini bagi membantu mereka yang tidak membuat sebarang caruman PERKESO dengan bantuan RM 100.00 sehari.

Namun berbeza dengan PERKESO, NADMA berhak memutuskan sama ada untuk beri bantuan atau tidak walaupun permohonan Pelanggan korang lengkap.

Tapi sekurang-kurangnya korang boleh usaha untuk pastikan mereka buat bayaran sewa secara ansuran.

Ini linknya

http://www.nadma.gov.my/…/siaranme…/Bantuan_Khas_COVID19.pdf

Inisiatif lain korang boleh bantu mereka mendapatkan bantuan daripada Pusat Zakat Negeri masing-masing.

Contohnya Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mengumukan bantuan zakat kepada peniaga kecil yang terjejas. Ini linknya.

https://www.bharian.com.my/…/covid-19-zakat-pulau-pinang-sa…

3. Berstatus Pelajar yang merangkumi sepenuh masa, separuh masa atau praktikal.

Mereka ini korang kena lihat balik background pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga. Proses pembayaran adalah ikut sepertimana sektor yang dinyatakan di atas.

Sekadar ini pengkongsian Captain bagi membantu Tuan Rumah atau Pengusaha Bilik Sewa bagi urusan kutipan duit sewa April 2020.

Semoga ancaman COVID-19 akan berakhir sepenuhnya pada 31 Mac 2020 ini. Amiin.

Kredit: Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Tanggungjawab Hakiki Pengusaha Bilik Sewa

1. Tanggungjawab Pengusaha Bilik Sewa perlu sekadar tahu bagaimana baik pulih dilaksanakan. Tak mahir pun takpe.

Penting Staf mahir dan bertauliah kendalikan perkara berkenaan. Lagi penting daffar lesen CIDB.

2. Tanggungjawab Pengusaha Bilik Sewa perlu tahu bagaimana dokumen perniagaan diuruskan.

Sekadar tahu yang asas kerja Admin dan Akauntan. Jika tiada outsources dan bayar sahaja. Jauh lebih murah daripada gajikan Akauntan.

3. Tanggungjawab Pengusaha Bilik Sewa perlu tahu platform mana dipilih oleh Prospek sebagai carian.

Sekadar tahu asas close deal, tentukan konsep dan budget pemasaran. Selebihnya serahkan pada Tim untuk buat marketing, viewing, close deal dan cari pelanggan baru.

Tanggungjawab Hakiki Pengusaha Bilik Sewa:

1. Mencari strategi bagaimana meningkatkan pendapatan sewaan, bina network dan cipta peluang perniagaan baru.

2. Pandai baca laporan kewangan yang disediakan oleh Akauntan dan mengaplikasikan data berkenaan dalam perniagaan.

3. Melatih staf yang betul untuk tugas yang betul. Bebaskan diri daripada tugas-tugas rutin. Fokus kepada strategi.

4. Jual business bila tiba masanya. Kemahiran menaikkan nilai saham.

Kredit: Kapt Muhammad Noor

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

MAZHAB BISNESS VIRAL BELUM TENTU JUJUR!

Semalam Group WhatsApp Captain ada membahaskan kisah mazhab bisness yang berlainan dan viral di sosial media.

Salah satunya yang mengaku otai dan pandai berfikir. Hakikatnya bisness sendiri pun semput dan lingkup. Gaji bekas pekerja bertahun tak bayar.

Ada rakan Captain yang termasuk perangkap mereka. Captain juga tak terkecuali. Pernah hampir terjebak dengan perangkap group otai ini.

Mohon refund duit booking kursus hampir 9 bulan baru dapat semula. Itu pun guna WhatsApp dan email beri tekanan berhari-hari.

Di sosial media sembang bisness kencang, pokok pun tumbang. Yuran caj bukan sikit. Allah =)

Captain masih baru mengecapi kejayaan kecil dalam bisness. Belum layak dipanggil sifu atau mentor dan sebagainya.

Usahlah korang mencari Mentor Bisness yang ala-ala famous di sosial media dan hakikatnya reputasi kebanyakan subsidiari company mereka pun semput.

Jika hendak JV bisness bersama mereka ada pula klausa khas iaitu tidak keluar modal hanya tawarkan kepakaran. Kepakaran itu pun mereka caj kepada kita.

Pendiri Bisness berniaga separuh mati. Tetapi bila wujud keuntungan hendak bahagi sama. Maaf cakap sebab itu kita semua kena berpatah balik kepada hukum hakam dalam Muamalat Islam.

Pengkongsian saham dalam syarikat mengikut Islam tiada klausa mengarut sepertimana di atas. Wujud 3 situasi ikut pemahaman Captain. Jika salah mohon betulkan.

1. Seorang keluar modal seorang usahakan
2. Berdua keluar modal dan usaha bersama.
3. Berdua keluar modal tapi seorang usahakan dan semasa bahagi keuntungan ikut persetujuan bersama.

Pelik bila seorang lagi rakan berniaga hanya tawarkan saham berdasarkan kepakaran yang beliau miliki tapi kemudian caj balik pada syarikat. Tiada dalam hukum Islam.

Dengan kata lain dapat saham atas angin dan untung dua kali iaitu caj service dan keuntungan syarikat.

Bermula daripada insiden cubaan penipuan berkenaan, Captain mencari Mentor di luar media sosial.

Kebanyakan yang Captain jumpa adalah mereka yang benar-benar berniaga, baik budi pekerti, tidak ambil kesempatan atas Captain dan paling best semua ilmu percuma tiada yuran tinggi mengarut.

Modal jumpa mereka hanya secawan kopi. Malah Captain diperkenalkan dalam rangkaian network mereka.

Mentor Captain ramai yang telah mencapai tahap kebebasan kewangan sebenar. Mereka tidak sibuk bercerita tentang kepakaran dan kumpul tribe di sosial media.

Mereka menikmati kehidupan sepenuhnya. Bila ada anak murid seperti Captain yang bersungguh untuk belajar. Mereka luangkan masa secara percuma.

Pengerasnya mudah sahaja. Bila Captain berjaya kongsi amalan ini sepertimana yang mereka ajarkan.

“Hafiz ini ibarat benih yang saya semai. Saya beri ilmu ibarat baja pada awak.

Insyaa Allah bila Hafiz dah berjaya. Ia ibarat pokok rendang yang berbuah. Buahnya cantik dan baik.

Semua mahkluk akan dapat manfaat daripada isinya. Lepas mereka makan, bijinya dibuang.

Biji itu akan tumbuh sepohon lagi pokok yang sama. Ia akan berulang dan membiak.

Itulah amalan yang saya akan bawa ke akhirat kelak. Hafiz setuju dengan pengeras ini?”

“Ya Tuan. Insyaa Allah.”

Kredit: Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

TIPS MENCARI PENYEWA

1)Mudah.my
Iklankan bilik/rumah sewa anda di mudah.my. Hampir 70% penyewa mencari bilik/rumah sewa di mudah.my.

2)Iklan di Rental Websites
Rental Websites seperti iBilik, Speedhome, Hostel Hunting dan lain-lain merupakan platform terbaik dan efisien untuk anda mencari penyewa.

3)Memiliki Website
Memiliki website sendiri menunjukkan anda seorang yang profesional dan menyakinkan penyewa untuk menyewa dengan anda.

4)Media Sosial
Pos kan iklan-iklan anda di group Facebook yang berpotensi seperti group rumah sewa dan sebagainya.

5)Word-of-Mouth
War-warkan kepada ― rakan-rakan, jiran-jiran, saudara mara, dan rakan kerja anda boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk mencari penyewa yang berkualiti.

Selamat mencuba!

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA