Tips mudah untuk handle bila berlaku kemalangan di jalan raya
by #roadtaxonthego

  1. Tarik nafas dalam-dalam, relaks & istigfar (bagi yang muslim) sekurang-kurangnya seminit untuk tenangkan diri. Bila dah tenang, baru mudah nak buat decision yang betul. 😊
  2. Grab your phone, call towing hotline insuran provider anda, maklumkan anda kemalangan di KM berapa dan perlukan khidmat towing. (Percuma untuk kereta 1st party, boleh tanya berapa limit km). Ingat ye, call hotline dulu bukan call pasangan atau ahli keluarga ! Step nombor 2 ni penting, make sure you guys call dulu sebelum ade orang towing lain datang. Bila yang lain datang, just bagitau “saya dah call towing Insurans saya”. Kemudian boleh call 999 untuk maklumkan anda kemalangan. Dah setel call baru la ikut ye nak call sesiapa pun.
  3. Jika ada pihak lain terlibat, ambil segala jenis info, nombor telefon, plate number, tarikh roadtax expired, dan snap seberapa banyak gambar yang boleh.
  4. Then boleh decide samada nak hantar ke mana, sama ada bengkel franchise atau bengkel panel insurans anda. Disini ejen insurans akan mainkan peranan untuk advice dimana untuk hantar berdasarkan umur kenderaan anda. Boleh call ejen atau semak di website insurans anda bengkel panel terdekat.
  5. Sementara menunggu towing datang, boleh call semula pada operator untuk bagitau lokasi bengkel yang anda nak hantar. Towing akan bawa dan hantar anda ke polis trafik daerah kejadian dahulu untuk buat report, then baru akan hantar ke bengkel.
  • Boleh skip step call towing jika kenderaan anda selamat untuk dibawa ke balai jika confident dengan kondisi kereta anda. Atau saya cadangkan, drive ke tempat yang selamat seperti R&R atau mana2 hentian then boleh call towing jika rasa tak mampu nak teruskan perjalanan. Sejujurnya, amat sukar untuk tolak tawaran dari pihak yang ‘jujur datang untuk bantu anda’ sejurus selepas kemalangan berlaku. Jadi buat pilihan bijak, trust your instict !

Your preferred Insurance agent & claim advisor,
Syameem Ahmad
www.wasap.my/60182717515/rtaxINC
IG/FB : roadtaxonthego

share posting kami di FB

staysafe & #stayathome

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

7 PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Wajar orang ramai mengetahui bagaimana data peribadi kita diperolehi dan menyedari akan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang disaran oleh APDP 2010 (Akta 709) iaitu :-

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) dalam Akta 709 ini demi menjaga keutuhan data peribadi :-

Pertama – Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.
Kedua – mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan.
Ketiga – ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.
Keempat – Prinsip Keselamatan – apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.
Kelima – Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan.
Keenam – Prinsip Integriti Data – setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.
Ketujuh – Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Mati tidak syarat tua. Mati tidak syarat sakit. Hayati setiap saat dan jangan bazirkan masa. Tiada harta dunia yang mampu mengembalikan masa tersisa.

Fb : DS Tn Ibrahim Tn Man

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Jangan lihat berapa banyak bilangan bilik urus sewa yang dimiliki.
Lihat kepada peratusan occupancy rate. Semakin tinggi bermakna business semakin bagus.

sumber fb : Kapt Muhammad Noor Hafiz

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Ramai Usahawan beranggapan meningkatan kos pemasaran bagus untuk jualan.
Captain berpandangan sebaliknya.
Meningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan jauh lebih baik daripada meningkatkan kos pemasaran tanpa strategi😊
Mungkin korang pernah dengar jargon pemasaran mulut ke mulut (mouth to mouth marketing)😉
Ia jauh lebih berkesan😊 Target Syarikat Captain?
Mengekalkan siri pembaharuan perjanjian pada tahap occupancy rate di atas 80% sepanjang masa bagi pelanggan sedia ada.
Menyasarkan penurunan kos marketing pada kadar 5% setiap tahun kecuali untuk aktiviti penjenamaan sahaja
Sukar?
Tidak jika berstrategi

sumber fb : Kapt Muhammad Noor Hafiz

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Majoriti Tuan Rumah berminat mengubah perangai Penyewa daripada menguatkuasakan klausa Perjanjian.
Ibu, Bapa, Penjaga, Suami atau Isteri mereka pun tak mampu ubah perangai diorang inikan korang selaku Tuan Rumah.
Cara kita boleh kawal melalui kemaskini klausa Perjanjian. Dengan cara ini secara psikologinya, mematuhi peraturan secara paksa tapi berhemah.
Korang bukan guru. Kita Tuan Rumah yang ingin menjana pendapatan sampingan

sumber fb : Kapt Muhammad Noor Hafiz

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Dalam surat perjanjian perlu jelas dinyatakan klausa pembahagian risiko liabiliti awam (public liability) antara Tuan Rumah dengan Penyewa.
Klausa ini perlu lebih jelas jika melibatkan Penyewa berstatus Subletter 😊
Beringat sebelum kena di kemudian hari.
Sebab itu dalam Al Quran terdapat peringatan Allah SWT kepada manusia berkenaan peri pentingnya penyediaan dokumen perjanjian yang adil

sumber fb : Kapt Muhammad Noor Hafiz

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Operater/Host Sentiasa Untung Tuan Rumah Rugi?

Fenomena sekarang menyaksikan ramai Pengusaha Bilik Sewa mengetengahkan pelbagai kaedah pembahagian di atas perkhidmatan yang dijalankan dengan Tuan Rumah.

Ada yang memperkenalkan kaedah:

1. Keuntungan 70:30 = Tuan Rumah:Operator.

2. Pakej bayaran per bilik RM20.00 – RM30.00 per bulan. Jika berjaya dapatkan Pelanggan baru, mereka tuntutan bonus satu bulan sebagai komisen (hakikatnya mereka bukan berkelayakan sebagai REN).

3. dan sebagainya.

Kaedah No 1 dan No 2 di atas paling banyak digunapakai.

Ironinya Captain menerima pelbagai rungutan daripada rakan-rakan yang menerima perkhidmatan operator ini.

“Mereka ini memang buat untung atas kita. Time rugi ke, time untung ke. Habuan mereka tetap sama.T etap pula tu. Kita pula yang tanggung rugi sesorang.”

Untuk perkara ini Captain kurang berminat untuk komen. Mungkin ini kaedah terbaik bagi mereka.

Manakala bagi Captain, kaedah terbaik adalah dengan tiruvasi sistem yang digunapakai oleh Industri Perhotelan.

Semua sedia maklum bahawa industri ini telah lama berkembang. Salah satu cara paling cepat untuk berkembang adalah dengan Sistem Host/Operator.

Jangan terkejut jika Captain nyatakan bahawa Hotel-Hotel Terkemuka di Malaysia dan Antarabangsa menggunakan sistem ini.

Ianya terbukti berkesan untuk keadilan kedua-kedua pihak. Mengapa perlu wujudkan sistem baru bilamana ada sistem yang telah terbukti berkesan sekian lama?

Ringkasnya sistem ini memperkenalkan dua caj iaitu:

1. Caj keuntungan Gross Sale (Jualan kasar).

2. Caj Net Profit (Keuntungan Bersih).

Peratusan ikut persetujuan bersama. Jika Operator inginkan keuntungan lebih, mereka perlu bantu Tuan Rumah mendapatkan keuntungan bersih yang tinggi.

Cara ini barulah betul. Suka atau tidak. Operator tidak boleh goyang kaki. Ia kena berjuang memastikan Tuan Rumah sentiasa untung.

Jika sekadar caj di Jualan Kasar sahaja. Memang makan untung sepanjang zaman =)

Untung sebelah pihak, tindas seorang lagi =)

Sekadar pengkongsian ringkas pagi ini.

Kredit: Facebook Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Ilmu Teori VS Ilmu Praktikal

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan dengan pelbagai pengkongsian insan yang beri pada diri sendiri gelaran sifu biz di medsoc.

Sememangnya ia pengkongsian percuma. Berebut usahawan berlari daripada satu video conference (VC) ke platform VC lain.

“Ini ilmu free Captain. Kita kena grab! Pasni mereka up sales tak dapat kita.”

Mungkin usahawan lupa perjalanan cerita filem Pendekar Bujang Lapok. Mahaguru tak turun ilmu habis. Kelak murid lawan Guru.

Guru tak diperlukan. Simpan semua ilmu yang power-power. Baru layak digelar Mahaguru. Pengerasnya juga berlainan harga.

Ini adalah situasi yang sama. Kebanyakan ilmu yang diterima adalah bersifat teori atau jika baru ia bagi sesetengah pihak bukan pada yang telah tahu.

Pusing-pusing VC semua subjek yang sama. Ilmu teori air liur. Persoalannya mana nak cari Ilmu Praktikal dalam keadaaan PKP ni?

Ilmu ini ada pada Usahawan yang pernah berhadapan dengan kemelesatan ekonomi negara pada 2008, kejatuhan teruk harga minyak 2013 dan pernah disenaraikan dalam AKPK.

Mereka ini ada formula khas yang terbukti berkesan. Jika tidak masakan masih berdiri megah business sehingga ke hari ini.

Jika korang ada seorang Mentor sedemikian ia cukup memadai. Tapi jika ada lebih daripada seorang, korang memang hebat dan istimewa.

Formula mereka sangat mudah dan praktikal. Buru dan cari Mentor sedemikian. Mereka banyak bersembunyi dalam identiti penampilan ringkas dalam masyarakat awam.

Tiada banyak simbol kekayaan dipamerkan. Jika ada pun sangat berpada pada dan dihebahkan oleh Pihak Ketiga.

Kredit: Facebook Kapt Muhammad Noor Hafiz

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Tips Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) adalah penting sebagai tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus. Oleh itu, ZSE Capital menyarankan beberapa tips sepanjang tempoh PKP ini.

  • Kerap cuci tangan anda

Mencuci tangan dengan sabun selama minimum 20 saat telah terbukti mampu menghapuskan bakteria dan virus.

  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda

Menyentuh muka akan meningkatkan jangkitan bakteria, kuman dan virus.

  • Kekalkan jarak fizikal

Pastikan jarak fizikal antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter ketika di luar.

  • Dapatkan maklumat dari sumber yang sahih

Berkongsi maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan ketakutan dan panik. Maklumat yang diperolehi boleh dipastikan kesahihannya di sebenarnya.my

  • Kekal positif dan bermotivasi

Praktiskan aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi diri anda. Jika anda memerlukan perkhidmatan telekaunseling, hubungi Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.

  • Lakukan senaman ‘indoor’

Walaupun berada dirumah, kita disarankan untuk kekal aktif, sama ada melalui senaman atau aktiviti fizikal. Antaranya, senamanpush-ups, squatsplanksburpees, lounges dan senaman Tabata.

  • Luangkan masa bersama keluarga


Rancang aktiviti yang mahu dilakukan setiap hari, mengikut keutamaan serta dipelbagaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian. Gunakan peluang ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Semoga tips ini berguna untuk anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

#biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

 #stayhome #staysafe