Uzlah hari : 15/6/21

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang beriman yang berjaya yang diredhai oleh Allah s.w.t. ialah mereka yang ada 7 sifat ini :

  1. Khusyuk solat
  2. Menjauhi perkataan yang sia-sia
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Menunaikan amanah dan janji
  5. Menjaga diri dan kemaluan
  6. Menjaga solat

Tadabbur Ayat 1-11 : Surah Al-Mu’minun

Semoga kita menjaganya dan menjadi orang yang berjaya ke Syurga Al-Firdaus.

Credit : Dr Abu Anas Madani

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

MUHASABAH DIRI
hujan, kilat, petir … merupakn tanda KekuasaaN Allah… agar manusia mengimani pd Zat Nya

Firman Allah SWT
Surah Ar-Rum, Ayat 24
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahami-Nya.

Ya Allah QabuLkan DoA kami
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ, رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Ada 5 perbuatan akan hancurkan semangat dan motivasi kalian seharian. Hal ini adalah benda yang kita sering sebut, sering fikir dan sering buat kepada diri sendiri.

  1. Membandingkan diri dengan orang lain. Sentiasa rasa orang lain lebih dan kita dihantui kenapa aku tak boleh.
  • cara terbaik atasi ialah tukar cara berfikir. Terus cakap kepada diri sendiri “syukur alhamdulillah, hidup sekarang pun bagus dan baik. Akan cuba lebih baik lagi untuk hal akan datang.”
  1. Mengutuk kelemahan diri sendiri dengan kata “saya tak kreatif, saya tak pandai, saya tak reti, saya lembab, saya tak berguna dan sebagainya.”
  • cara terbaik nak atasi ialah sebut “benda ini saya boleh belajar. Orang yang berusaha pasti Allah bantu.
  1. Berkawan dengan orang yang sering bercerita kelemahan, kesusahan dan tiada motivasi. Akan sebabkan kita sering sukar nak dapat jawapan positif dan solusi.
  • elakkan berjumpa, buang terus pun tak apa. Abaikan, utamakan mereka yang boleh bersembang idea, kesungguhan bekerja dan banyaknya hal tentang mencantikkan hubungan dengan Allah.
  1. Tak ada matlamat harian. Iya kita mungkin ada cita-cita tahunan, azam dan harapan, namun setiap hari kena letakkan juga nak berbuat apa. Jadikan ia sebuah kejayaan kecil.
  • pagi ini nak joging, sekejap lagi mahu ke pasar, tengah hari nanti nak masak sekian sekian. Petang nanti sales dah RM2,000. Letak matlamat dan usahakan.
  1. Tak boleh lawan gangguan. Nampak tv tonton, sentiasa pegang telefon dan sebagainya.
  • letakkan had berapa lama nak guna, berapa lama nak tengok FB, Insta, Netflix. Ia kembali ke nombor 4, jika dah ada matlamat, semua gangguan akan terhapus.

Kawan-kawan,

Saya sering ulang, kita yang boleh kawal diri kita. Bukan penceramah motivasi, bukan orang lain, kita dah dengar, kita dah baca, kita dah tonton, maka kita yang kena bangkit berubah.

Sudah-sudahlah sebut sebab orang motivasi kita hancur, sebab mulut orang kita down, kita yang kena atasi perkara tersebut.

Lawan dengan usaha berterusan, kita akan menang.

Bismillah.

Khairul Hakimin Muhammad,

#biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Tips Mendapatkan Penyewa Yang Berkualiti

Sebagai pemilik hartanah, mungkin kita pernah mendengar istilah penyewa dari neraka. Istilah ini merujuk kepada betapa sengsaranya pemilik apabila terpaksa berhadapan dengan penyewa yang mempunyai ragam yang tidak baik. Pelbagai ragam yang ditemui antaranya penyewa yang gemar membawa pasangan bukan mahram, menjadikan pusat proses dadah, penyewa seorang penjenayah dan culas untuk membayar sewa. Apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, pihak pemilik hartanah terpaksa terlibat sama terutama melibatkan kes-kes mahkamah dan pihak polis. Jadi apakah tip-tip mendapatkan penyewa yang berkualiti.

Menyediakan surat perjanjian

Antara perkara yang biasa terlepas pandang oleh pemilik adalah gagal menyediakan surat perjanjian. Apa yang mereka tumpukan pada bakal penyewa adalah hanya menyediakan wang deposit dan utiliti sebagai satu bentuk komitmen. Namun dengan menyediakan surat perjanjian di antara penyewa dan pemilik mampu membantu melancarkan proses aliran tunai. Antara perkara yang lain pula, aliran tunai yang masuk ke dalam akaun akan dijadikan sebagai wang pendapatan pemilik. Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan peratusan DSR (Debt Service Ratio) apabila mahu membuat sebarang pinjaman yang lain.

Temuduga

Mungkin ada sesetengah beranggapan, penyewa yang mengadakan proses temuduga adalah satu perkara yang amat leceh. Namun dengan cara ini mampu menapis penyewa yang benar-benar tidak berkualiti. Sebagai contoh, gaji seorang bakal penyewa adalah sebanyak RM2000. Tetapi mahu menyewa rumah yang kadar sewaan sebanyak RM1200. Berbaki RM800 sebenarnya memperlihatkan penyewa tidak mempunyai isi kewangan yang kukuh. Bukanlah kita mengatakan ia tidak layak secara sepenuhnya. Namun dengan menyediakan deposit penuh tidak bermakna bakal penyewa dianggap mampu dari segala sudut. Bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara si pemilik rumah.

Budi Bicara Penyewa

Jika mahu mengharapkan penyewa yang berkualiti, sebagai pemilik juga haruslah mempamerkan akhlak yang baik. Bina satu bentuk komunikasi yang positif di antara penyewa dan pemilik. Selain itu, penyewa juga boleh melakukan rutin bulanan atau tahunan bertanyakan tentang masalah-masalah yang melibatkan masalah elektrik, lampu, paip dan sebagainya. Dengan cara itu, sedikit sebanyak mampu menjadikan penyewa begitu selesa terhadap pemilik rumah.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, cara ini bukanlah bermakna kita menafikan hak orang lain tetapi ia membantu pihak pemilik dalam melancarkan proses aliran tunai. Sebagai bakal penyewa pula, kenalpasti tahap kemampuan kita dalam mencari rumah sewa yang sesuai. Benar, zaman sekarang ini rumah sewa agak terlalu mahal, namun itulah hakikat yang terpaksa kita terima.

Credit: Pakar Property

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

5 Tips Tarik Minat Student Untuk Sewa Rumah Anda!

GAMBAR YANG JELAS DAN MENARIK
Ini adalah faktor yang paling penting. Sebab gambar adalah first impression diorang terhadap rumah anda. Pastikan rumah dalam keadaan kemas dan teratur. Ambil gambar ruang yang boleh menarik minat pelajar. Contohnya, bilik tidur dilengkapi meja belajar. Malah,ada dari golongan student ni kadang kadang hanya akan memilih rumah yang dikehendaki tanpa ‘viewing’ dan hanya berdasarkan gambar yang dipilih disebabkan faktor kekangan masa untuk datang melihat rumah kerana terikat dengan kekangan masa ke kelas.

TAJUK IKLAN RUMAH YANG MENARIK
Cari tajuk iklan yang dijangka boleh menarik minat mereka.Ubah tajuk anda dari RUMAH UNTUK DISEWA kepada RUMAH SEWA MURAH UNTUK DISEWA atau RUMAH SEWA MURAH UNTUK PELAJAR. Tak semestinya ayat kena bombastik, sedikit perubahan perkataan dah boleh buat iklan rumah sewa korang jadi menarik!

KAJI KEPERLUAN TARGET PENYEWA
Keperluan bagi setiap target penyewa lain caranya.Bagi target penyewa student, yang paling dicari adalah kemudahan wifi walaupun dikenakan bayaran atas kemudahan itu. Gunakan perkara ini sebagai salah satu kelebihan rumah korang berbanding rumah sewa yang lain.

HARGA SEWA YANG BERPATUTAN
Harga sewa yang korang tetapkan bagi golongan student ini haruslah berpatutan dan masih mampu untuk dibayar. Mahal sangat dan cekik darah, viral korang nanti kena kecam! Mereka akan menyewa beramai-ramai untuk memastikan purata sewa adalah masih mampu dibayar. Sebab tu penting korang kena kaji,buat kira-kira dan cari ilmu hartanah!

SAGUHATI
Saguhati dari penyewa student ni adalah intake pelajar kebiasaanya adalah sentiasa berterusan. Senior habis belajar, ada pulak junior yang masuk. Patah tumbuh, silih berganti bak kata orang. Untuk memudahkan kerja korang, sedikit tips disini, bagi setiap pelajar yang ingin keluar dari rumah sewa, sesiapa yang dapat carikan pengganti beri sedikit saguhati atau ganjaran. Korang tak perlu sakit kepala cari penyewa baru, mereka pon senang hati dapat keluar dengan rumah sewa dengan sedikit saguhati.

Credit: Sabihah

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Langkah Bagi Hartanah Yang Disewakan Kepada Pelajar


Pelaburan hartanah bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ia melibatkan proses yang lama dan panjang yang memakan masa dan memerah tenaga anda. Apakah langkah yang seterusnya setelah anda berjaya membeli rumah anda?

Sekiranya anda bertujuan untuk membuat pelaburan jangka panjang, maka motif utama anda adalah untuk mendapatkan hasil sewaan yang lumayan. Namun begitu, sebagaimana pembelian hartanah, penyelenggaraan hartanah juga bukanlah sesuatu yang mudah.

Sebaik sahaja anda mendapat kunci rumah, anda harus merancang langkah anda yang seterusnya. Buatlah perancangan awal sekiranya boleh!

Langkah 1: Tentukan penyewa sasaran anda

Sebaik sahaja anda membeli hartanah, anda harus menentukan kumpulan penyewa pilihan anda. Bagaimanapun, keputusan anda mestilah berhubung kait dengan lokasi hartanah anda. Sekiranya ada universiti atau kolej yang berhampiran, penyewa sasaran anda mungkin pelajar atau tenaga pengajar. Atau jika terdapat hospital, pusat membeli-belah dan kemudahan lain yang berdekatan, penyewa sasaran boleh jadi individu dewasa yang bekerja.

Bagaimanapun, supaya lebih spesifik lagi, rencana ini akan menumpukan kepada hartanah yang disewakan kepada pelajar.

Terdapat cerita-cerita yang agak teruk di pasaran yang melibatkan penyewaan kepada pelajar, dan cerita-cerita ini umumnya membuatkan tuan rumah berfikir dua kali untuk menyewakan unit mereka kepada pelajar. Jadi, untuk membantu anda membuat keputusan, mari kita lihat pro dan kontra menyewakan unit anda kepada pelajar:

Pro:

Sokongan yang berterusan: Para pelajar hari ini mendapat sokongan yang berterusan daripada ibu bapa mereka. Jadi, sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan sewa mereka, ibu bapa mereka akan membantu.

Perkongsian dengan rakan: Menyewakan unit anda kepada pelajar adalah berbeza dengan menyewakannya kepada keluarga, di mana anda boleh menyewakan unit tersebut kepada beberapa pelajar pada masa yang sama. Kebanyakan pelajar lebih suka cara begini kerana ia dapat mengurangkan perbelanjaan mereka, dan membolehkan mereka mendapatkan kadar sewa yang lebih rendah bagi setiap pelajar.

Pembahagian bilik: Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pelajar tiada masalah untuk berkongsi rumah dengan pelajar lain. Oleh itu, tuan rumah boleh membuat bilik tambahan untuk disewakan dengan meletakkan sekatan dalam bilik di unit tersebut. Bilik tambahan akan memberikan pendapatan tambahan untuk anda!

Pengambilan pelajar baru: Setiap tahun, apabila pelajar telah tamat tempoh sewaannya dan berpindah keluar, pelajar baru akan datang untuk menggantikan tempat mereka. Kerana itu, permintaan bagi hartanah untuk disewa akan sentiasa ada.

Kontra:

Tempoh sewaan: Penyewaan pelajar selalunya melibatkan tempoh yang lebih pendek – untuk beberapa semester atau beberapa tahun sehingga kursus mereka selesai. Oleh itu, tuan rumah terpaksa melalui proses mencari penyewa baru berkali-kali.

Sifat yang tidak matang: Pelajar kadangkala susah untuk ditangani dan dibawa berbincang. Oleh itu, masukkan segalanya dalam kontrak sebelum anda menyewakan unit anda supaya anda dapat mengurangkan perkara-perkara yang merisaukan.

Kerosakan pada unit: Ada kalanya pelajar agak cuai, dan mereka mungkin merosakkan perabot dan unit anda. Bagaimanapun, inilah gunanya deposit yang telah anda ambil, untuk menampung perbelanjaan seumpama ini.

Langkah 2: Menyediakan unit

Oleh kerana anda telah membuat keputusan untuk menyewakan unit anda kepada pelajar, seharusnya ada kolej atau universiti yang berdekatan. Jadi, langkah seterusnya adalah untuk memperlengkapkan unit tersebut.

Apabila menyewakan hartanah kepada pelajar, anda perlu menyediakan unit yang lengkap dengan perabot, atau paling tidak, separa lengkap, kerana kemungkinan besar penyewa anda hanya akan berada di situ dalam tempoh masa yang singkat dan inginkan kos perpindahan yang rendah.

Bagaimanapun, cuba elakkan kelengkapan yang tidak perlu; yang asas sudah mencukupi. Juga tumpukan kepada perabot dengan rekaan yang mengikut trend terkini dan bukannya perabot bina dalam yang mahal, kerana pelajar selalunya lebih mementingkan gaya daripada kualiti.

Cubalah sediakan alatan elektrik asas seperti ketuhar mikro, cerek, induction cooker dan yang seumpamanya, untuk kegunaan harian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk memperlengkapkan hartanah anda untuk disewakan kepada pelajar, bacalah 10 Tip untuk Memperlengkapkan Hartanah Anda Untuk Disewakan kepada Pelajar.

Langkah 3: Menentukan kadar sewa

Setelah anda memperlengkapkan unit anda sewajarnya, cuba tentukan kadar sewa dan bilangan pelajar yang akan tinggal di unit anda. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda boleh membuat bilik tambahan untuk menempatkan lebih ramai pelajar.

Buat tinjauan dan semak kadar sewa yang dikenakan oleh orang lain. Cuba beri kadar yang rendah sedikit, atau lebih kurang sama dengan yang lain. Tetapi, jangan kenakan kadar yang terlalu tinggi kerana pelajar akan mempunyai banyak pilihan dari segi kadar sewa.

Langkah 4: Sewakan!

Selepas anda melengkapkan unit anda dengan perabot dan menentukan kadar sewa, iklankan unit anda di portal hartanah yang terkemuka seperti PropertyGuru. Pastikan gambar yang dihantar adalah yang berkualiti dan mempunyai resolusi yang tinggi, dan unit dalam gambar mestilah kelihatan terang dan bersih dengan perabot yang elok.

Bila anda menerima tawaran daripada pelajar, rundingkan sebaiknya dan masukkan semua perincian dalam perjanjian penyewaan. Di samping itu, adalah lebih mudah untuk mengendalikan atau mengutip sewa daripada salah seorang penyewa, daripada berhubung dengan semua penyewa.

Bagaimanapun, jika anda merasakan bahawa ia terlalu leceh, anda boleh mengambil ejen hartanah untuk membantu menyewakan unit anda dan mengendalikannya selepas itu. Caj yang dikenakan untuk perkhidmatan sedemikian berbeza mengikut agensi.

Sekiranya anda adalah bakal tuan rumah atau dalam proses ke arah itu, ikuti langkah-langkah yang diberikan di atas untuk melengkapkan dan menyewakan unit anda. Dan sekiranya anda adalah seorang pelajar yang sedang mencari rumah untuk disewa, anda boleh baca 5 Taktik untuk Merundingkan Kadar Sewa yang lebih Rendah.

Credit: Diane Foo Eu Lynn

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti

Hari ini aku dengan sukacitanya ingin berkongsi “Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti”. Setahu aku, pelajar universiti hanya tinggal di hostel selama setahun. Kalau kat UMS biasanya macam tu. tak tahulah kalau kat Universiti lain. Insya’Allah tips ini boleh juga diguna pakai selain daripada golongan pelajar.

Memandangkan aku merupakan pelajar yang tinggal menyewa di luar universiti dan berkemungkinan untuk tidak dapat kediaman dalam UMS pada semester akan datang, aku dengan senang hati ingin berkongsi tips. Bagi pelajar yang tidak pernah menyewa dan tidak tahu cara untuk memilih kediaman yang mana sesuai dan berdekatan dengan universiti korang.

Untuk menjimatkan masa, tenaga dan minyak kereta, korang boleh search di http://www.mudah.my/ Laman web ini sangat membantu pencarian korang mencari bilik atau rumah sewa. Namun sebelum korang memutuskan untuk memilih bilik/rumah tersebut.

“Amatlah penting untuk korang mengetahui apakah perkara yang perlu diambil kira apabila memilih bilik atau rumah sewa?”

  1. Kenal Pasti Lokasi
    Lokasi kediaman bilik atau rumah yang mahu disewa itu sangat penting. Pastikan lokasi kediaman kita berdekatan dengan Universiti/Kolej untuk memudahkan kita ke kelas. Lagi dekat lagi bagus. Jimat tambang, hanya perlu berjalan kaki sahaja. Sekiranya korang tidak familiar dengan tempat tersebut, misalnya pelajar yang bukan berasal daripada Semenanjung yang belajar di Sabah, boleh bertanya dengan senior, Insya’Allah dorang akan banyak membantu.

Bagi pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah, lokasi yang sesuai untuk korang menyewa adalah di Alamesra, 1Borneo (Tower A & B ), Universiti Apartment (UA), Universiti Condo Apartment (UCA), Angkasa Apartment dan Kingfisher. Namun aku lebih prefer alamesra dan angkasa apartment sebab kalau di Angkasa Apartment ada kemudahan seperti bas UMS sebab dekat dengan kediaman Kolej Sri Angkasa UMS. Manakala kalau di alamesra pula dekat untuk ke Shopping Mall dan boleh berjalan kaki ke UMS.

  1. Kemudahan Asas
    Pastikan lokasi bilik atau rumah sewa yang dipilih mempunyai kemudahan asas seperti:

Shopping Mall,
Kedai runcit
Kedai makan
Bank/Mesin ATM
Pengangkutan awam
Parking lot (sekiranya ada kenderaan/motor)
Dobi/Laundry

  1. Harga Sewa Yang Berpatutan
    Sekiranya korang telah kenal pasti lokasi dan kemudahan asas tersebut, pastikan harga bilik/rumah yang disewa itu berpatutan dan mengikut kadar kemampuan kita untuk menyewa. Harga yang berpatutan seperti memastikan apa kemudahan di dalam rumah tersebut sama ada fully furnished, partially furnished ataupun not furnished. Biasanya bilik/rumah yang not furnished lebih murah, tetapi adakalanya leceh jugalah kena beli tilam dan meja belajar lagi,

Di kawasan Kota Kinabalu, harga bilik sewa sahaja anggaran dalam RM250-RM400 sebulan bergantung dengan keluasan bilik dan kemudahan seperti tempat memasak, bil elektrik/air, mesin basuh, katil/tilam, kipas atau almari. Semakin lengkap kemudahan semakin mahallah sewanya.

Manakala kalau menyewa rumah atau apartment, anggaran sewa dalam RM800-RM1500 sebulan. Biasanya kalau sewa rumah atau apartment ini pelajar yang mahu sewa beramai-ramai, so jimat sikitlah. Cuma nak cari kawan untuk menyewa pun payah juga. Ada yang cerewet mahu fully furnished/partially furnished. Dan ada juga yang tak kisah sewa yang kosong saja, asalkan ada tempat untuk tinggal.

  1. Hubungi Tuan Bilik/Ruma Sewa
    Seterusnya, kalau dah berpuas hati dengan 3 tips di atas. Korang save contact tuan rumah untuk berunding tentang sewa. 3 tips di atas itu hanyalah pencarian melalui online dan kalau rajin survey pun okay juga boleh terus check bilik/rumah sewa tersebut. Whatsapp/call tuan sewa untuk berunding tentang harga dan pastikan juga double confirm kemudahan yang ada. Kalau korang rasa okay dah, ajak tuan rumah untuk berjumpa. Kalau tuan rumah tersebut seorang lelaki, bagi yang perempuan jangan pergi jumpa sorang, ajak kawan untuk berjumpa untuk lihat persekitaran bilik/rumah tersebut.
  2. Periksa Kediaman & Keselamatan
    Apabila korang jumpa tuan sewa jangan terus bayar deposit. Periksa dulu kediaman tersebut. Jangan terpedaya dengan iklan di dalam gambar. Ada tuan rumah/bilik yang letak gambar nampak macam cantik (tetapi gambar itu 10 tahun kemudian yang kediaman masih baru dibuka). So, korang kena survey sendiri, kalau tuan rumah tak benarkan survey baik cari sewa tempat lain.

Apa yang korang perlu periksa adalah seperti:

Lampu semua menyala, lampu bilik, ruang tamu, tandas
Kipas dan plug berfungsi dan tidak rosak
Bekalan air yang okay
Kawasan rumah/bilik yang selesa
Kemudahan yang dinyatakan di dalam iklan semuanya ada (peti sejuk, mesin basuh, tempat memasak, katil/tilam
Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin (ada sekuriti atau CCTV, dan pagar rumah/bilik) jangan harapkan kunci bilik sahaja

Setelah berpuas hati, bolehlah bagi deposit sewa bilik atau rumah. TETAPI sebelum bagi deposit sewa pastikan

tuan rumah sediakan kontrak sewa atau perjanjian sewa. Biasanya dalam perjanjian antara penyewa dengan tuan rumah ada dinyatakan berapa sewa bulanan, peraturan sepanjang menyewa, tempoh sewa, dan lain-lain
berikan deposit “by hand” serta pada masa yang sama dapatkan kunci rumah / bilik yang dijanjikan
Jangan TERPEDAYA dengan janji manis melalui telefon dan penyewa diminta “bank-in” duit ke dalam akaun berserta agreemet di alam maya, gambar bilik (yang di copy-paste sebenarnya) kerana berkemungkinan anda menjadi mangsa PENIPUAN.

TIPS TAMBAHAN
Kalau menyewa bilik biasanya 1 bilik hanya 2-3 orang sahaja boleh kongsi.
Kalau korang mahu sewa rumah/apartment pastikan dapat persetujuan daripada kawan-kawan dengan sebulat suara. Kalau tidak akan ada masalah dari segi bayaran sewa
Dapatkan nasihat daripada keluarga sekiranya ingin menyewa di luar universiti
Jangan menyewa sorang! Bahaya dari segi keselamatan kalau nak balik dari kelas.
Kalau tak nak menyewa, cubalah aktif dengan aktiviti dalam universiti supaya dapat kediaman dalam
Last option, tumpang kawan yang ada dalam universiti dan buat rayuan kediaman
Itu sahaja tips daripada pelajar yang menyewa T-T huhu~~ Untuk entry yang akan datang mungkin aku akan kongsikan apa Kebaikan atau Keburukan Pelajar Yang Menyewa Luar Universiti. Insya’Allah.

Credit: Nurul Atika Yunus

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

Tips mudah untuk handle bila berlaku kemalangan di jalan raya
by #roadtaxonthego

  1. Tarik nafas dalam-dalam, relaks & istigfar (bagi yang muslim) sekurang-kurangnya seminit untuk tenangkan diri. Bila dah tenang, baru mudah nak buat decision yang betul. 😊
  2. Grab your phone, call towing hotline insuran provider anda, maklumkan anda kemalangan di KM berapa dan perlukan khidmat towing. (Percuma untuk kereta 1st party, boleh tanya berapa limit km). Ingat ye, call hotline dulu bukan call pasangan atau ahli keluarga ! Step nombor 2 ni penting, make sure you guys call dulu sebelum ade orang towing lain datang. Bila yang lain datang, just bagitau “saya dah call towing Insurans saya”. Kemudian boleh call 999 untuk maklumkan anda kemalangan. Dah setel call baru la ikut ye nak call sesiapa pun.
  3. Jika ada pihak lain terlibat, ambil segala jenis info, nombor telefon, plate number, tarikh roadtax expired, dan snap seberapa banyak gambar yang boleh.
  4. Then boleh decide samada nak hantar ke mana, sama ada bengkel franchise atau bengkel panel insurans anda. Disini ejen insurans akan mainkan peranan untuk advice dimana untuk hantar berdasarkan umur kenderaan anda. Boleh call ejen atau semak di website insurans anda bengkel panel terdekat.
  5. Sementara menunggu towing datang, boleh call semula pada operator untuk bagitau lokasi bengkel yang anda nak hantar. Towing akan bawa dan hantar anda ke polis trafik daerah kejadian dahulu untuk buat report, then baru akan hantar ke bengkel.
  • Boleh skip step call towing jika kenderaan anda selamat untuk dibawa ke balai jika confident dengan kondisi kereta anda. Atau saya cadangkan, drive ke tempat yang selamat seperti R&R atau mana2 hentian then boleh call towing jika rasa tak mampu nak teruskan perjalanan. Sejujurnya, amat sukar untuk tolak tawaran dari pihak yang ‘jujur datang untuk bantu anda’ sejurus selepas kemalangan berlaku. Jadi buat pilihan bijak, trust your instict !

Your preferred Insurance agent & claim advisor,
Syameem Ahmad
www.wasap.my/60182717515/rtaxINC
IG/FB : roadtaxonthego

share posting kami di FB

staysafe & #stayathome

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA

7 PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Wajar orang ramai mengetahui bagaimana data peribadi kita diperolehi dan menyedari akan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang disaran oleh APDP 2010 (Akta 709) iaitu :-

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) dalam Akta 709 ini demi menjaga keutuhan data peribadi :-

Pertama – Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.
Kedua – mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan.
Ketiga – ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.
Keempat – Prinsip Keselamatan – apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.
Kelima – Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan.
Keenam – Prinsip Integriti Data – setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.
Ketujuh – Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Mati tidak syarat tua. Mati tidak syarat sakit. Hayati setiap saat dan jangan bazirkan masa. Tiada harta dunia yang mampu mengembalikan masa tersisa.

Fb : DS Tn Ibrahim Tn Man

biliksewamurah #biliksewaKL #biliksewaPutrajaya #biliksewaCyberjaya #biliksewaNilai #biliksewaAmpang #biliksewaBangi #biliksewaKLIA